26 October 2009

Budget 2010: The Property Gain Tax.

My comment to 1malaysia website on the budget:

salam,
terima kasih kerana mengembalikan semula "property gain tax" dalam bajet 2010.
Saya harap pihak kerajaan boleh memperketatkan lagi cukai dan undang2 untuk mengurangkan kegiatan pihak2 ini dalam membeli rumah baru untuk tujuan pelaburan. Ia menyebabkan ramai "genuine buyer" tidak dapat membeli rumah impian mereka terutama dikalangan pemaju2 yang mempunyai rekod baik. ini kerana toyol toyol ini telah dengan cepat membeli rumah2 ini lantas mengeluarkan ia dari pasaran hanya untuk menjualnya kemudian dengan harga yang lebih tinggi.

Mungkin kerajaan boleh menghalang seseorang dari membeli rumah baru lebih dari 3 atau 4 kali dalam masa lima tahun. mereka bebas untuk membeli rumah-rumah "second hand" sebanyak mana yang mereka hendak. tetapi rumah yang baru dilancarkan dan masih dalam pembinaan tidak boleh mereka beli lebih dari 2 atau 3 unit.. jualan untuk rumah2 baru ini boleh dibuka semua kepada "profiteer" ini setelah satu tahun dari tarikh ia dilancarkan (untuk memastikan pemaju tidak rugi jika tiada pembeli).
Ini untuk memberi peluang kepada "genuine buyer" untuk membeli rumah impian mereka.

Harap ia mendapat perhatian.


-- note: I mean 2 or 3 units limitation is not for the same development project, but for the entire country. if there are genuine buyer, then they can apply for exemption.

No comments: