Below is my comment in Chedet.com on the same topic
-------------------------
Tun,
Mungkin salah satu cara untuk mengurangkan pengaruh politik wang adalah dengan cara membuat pemilihan secara "electoral college", seperti pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Pertama, calon yang ingin bertanding perlu mendapat pencalunan yang cukup dari setiap bahagian, mengikut prosedur yang biasa.
Apabila semua itu sudah selesai, tarikh "pilihanraya" akan diadakan.
Kedua. Semua cawangan perlu melakukan "pilihanraya" diperingkat cawangan pada tarikh yang ditetapkan. Setiap ahli yang berdaftar dicawangan tersebut perlu mengundi satu calon untuk Presiden, satu untuk Timbalannya, tiga undi untuk naib presiden dan seterusnya untuk majlis tertinggi.
Ketiga. Undi itu akan dikira pada peringkat cawangan, dan calon yang menang diperingkat cawangan akan mendapat satu "electoral vote" dari cawangan tersebut.
Keempat. Undi dari setiap cawangan akan dikumpul terus di PWTC untuk perjumlahan pada hari yang sama.
Keputusan akan dapat diketahui pada hari yang sama
Dengan ini, Calon2 dan agen2 mereka untuk membeli undi tidak akan dapat mengawal semua cawangan supaya mengikut kehendak mereka.
.
No comments:
Post a Comment